
Kilang kopi Antong masih menggunakan kaedah tradisional untuk pengeluaran kopinya
Published on October 2, 2020 | by freemalaysiatoday.com

TAIPING: Bagi pemint kopi mungkin tidak tahu bahawa di Malaysia terdapat kilang pengeluar kopi yang tertua dan ianya masih lagi wujud. Letaknya di Assam Kumbang, Taiping Perak.
Kilang kopi Antong ini diasaskan pada tahun 1933 oleh Tiah Ee Mooi dan pada asalnya menamakan kopi keluarannya sebagai “Kopi Aun Tong”. Tiah mencipta resepi kopi O original dengan menggunakan biji kopi tempatan yang diambil dari Banting, Selangor.
Setelah Tiah meninggal dunia, kilang kopi itu diambil alih oleh anaknya dan kini kilang tersebut diuruskan oleh cucunya bernama Datuk Thian Boon Chung.
Apa yang menarik mengenai kilang perniagaan warisan ini ialah ia masih mengekalkan cara pembuatan kopi dengan kaedah tradisional.
Kerja-kerja memanggang kopi masih menggunakan kayu api dan kaedah ini telah digunakan sejak sembilan dekad yang lalu. Inilah antara rahsia kopi Antong berbeza dari kopi lain.
“Saya ingin orang muda tahu bagaimana rupa kilang kopi 50 atau 100 tahun dahulu. Saya mahu mereka menghargai cara pembuatan kopi dahulu,” ujar Datuk Thian Boon Chung.
Satu lagi yang menarik mengenai kilang kopi Antong ini ialah ia masih menggunakan rumah bersejarah sebagai bangunan pejabatnya.
Menurutnya lagi, rasa kopinya amat berbeza dengan kopi lain: “Ia punya daya kekuatan tersendiri’ dan rasanya sukar diucapkan dengan kata-kata.”
Kilang ini boleh mengeluarkan sehingga 2,000kg kopi sehari. Manakala biji kopinya didapati setengah dari Malaysia dan setengah lagi dimport dari negara luar.
More stories
>>> The Territorial Army Founder Lines From Lambor Kiri
>>> 10 Malaysian football legends we need to remember
>>> The royal town of Kuala Kangsar
>>> History Of Cameron Highlands
>>> Forgotten Perak town was backdrop of Sybil Kathigasu’s heroism
>>> Town that grew from a tin tycoon’s mansion
>>> 7 Hollywood Movies Filmed in Malaysia
>>> Ipoh’s Concubine Lane draws foodies and tourists
>>> There’s a small, charming town near Ipoh that’s rich in biodiversity
>>> Hakka Villa To Reveal Revelational Past
>>> Ipoh Echo Readers’ Choice: Top 5 Ipoh Curry Mee
>>> Royal Belum Welcomes 10 Different Hornbill Species
>>> Ipoh Echo Reader’s Choice: Top 5 Kai Si Hor Fun In Ipoh
>>> Nostalgia: One Man’s Rubbish Is Another Man’s Collectable
>>> Han Chin Pet Soo
>>> 10 things about: Ruth Iversen Rollitt, an Ipoh girl at heart
>>> Nostalgia: Yeoh Ghim Khoon, Transport Entrepreneur
>>> ‘Ipoh Echo’: A community newspaper that has lasted 12 years and counting
>>> Arlene Terrace