HistoryKangar

Kangar Ibu negeri Perlis

By June 23, 2021 July 9th, 2021 No Comments

Kangar merupakan Ibu negeri Perlis

Laman ini kali terakhir disunting pada 4 Mac 2021 | by ms.wikipedia.org

Kangar merupakan Ibu negeri Perlis, Malaysia serta bandar utara negara.

Ia mempunyai jumlah penduduk seramai 48,898 orang (2004).

Terletak di titik paling utara di Semenanjung Malaysia, barat laut Alor Setar, berhampiran dengan sempadan negara Thailand dan terdapat di sepanjang Sungai Perlis.

Kawasan pusat bandar ialah Mukim Sena, yang menerima nama julukan sebagai “Uptown Sena”.

Ahli parlimen Kangar ialah Y.B. Shaharuddin Ismail, daripada parti UMNO.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mr shahrul 89 (@shahrul1710)

Bandar Kangar

Juga terletak di antara bandar Alor Setar dan Padang Besar, bandar sempadan Malaysia dan Thailand.

Hari-hari persekolahan dan pentadbiran kerajaan mengikut negeri Pulau Pinang.

Perak setiap hari Isnin hingga Jumaat bukan mengikut Kedah dan Johor yang beroperasi lain dan istimewa iaitu pada setiap Ahad hingga Khamis.

 

Hospital Tuanku Fauziah

Hospital Tuanku Fauziah (HTF) terletak di bandar ini. Kereta api ETS juga melalui kawasan Kangar dan Arau di utara Malaysia.

Perjalanan ke Alor Setar, Pulau Pinang dan Padang Besar ataupun Haadyai dari Arau mengambil masa lebih kurang 1 jam melalui kereta api berkelajuan pantas dengan kelajuan 140-180km/j.

Dengan 4 jam 30 minit juga, kereta api laju ini mampu tiba di Kuala Lumpur, Selangor, dan Seremban iaitu bandar dan negeri terakhir lintasan kereta api laju Malaysia ini.

Radio FM yang tersiar mengikut Alor Setar dan Pulau Pinang. IPG Kampus Perlis turut terletak dekat Kangar.

Kangar Pusat Pentadbiran Negeri Perlis

Kangar merupakan pusat pentadbiran negeri Perlis dan berperanan sebagai pusat perdagangan utama.

Terletak di dalam 5 mukim iaitu Sena, Kechor, Wang Bintong, Seriab dan Utan Aji. Merupakan kawasan yang paling padat dengan pembangunan di Perlis.

Dibuka oleh Tok Peduka. Kewujudan Bandar ini semenjak 350 tahun dahulu dalam tahun 1653 adalah apabila Kota Sena yang dibina sebagai pusat pemerintahan pada awalnya diduduki oleh Sultan Kedah ke-14 iaitu Sultan Muhyiddin Mansor Shah.

 

Suatu Ketika Dahulu

Merupakan sebuah pelabuhan darat (Pangkalan) di mana perahu dan tongkang berlabuh.

Hal ini adalah kerana terdapat sebatang sungai yang mengalir melalui Bandar ini terus ke Kuala Perlis iaitu Sungai Perlis.

Bertempat di pangkalan inilah para pedagang berjual-beli di bawah sebatang pohon tinggi yang merendang di kawasan itu.

Pohon yang menjadi teduhan dan saksi kepada urus niaga inilah yang bernama “Pohon Kangar”.

Setiap pedagang atau saudagar yang berulang-alik ke tempat tersebut menggelarkan kawasan tersebut sebagai “Pelabuhan Pohon Kangar” bersempena nama pokok tersebut.

 

Burung Helang “Kangor”

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa andaian lain yang mengatakan bahawa asal-usul nama Bandar ini diambil daripada bunyi sejenis burung iaitu burung helang “kangor”.

Pada masa awal kewujudan Bandar ini terdapat banyak burung helang kangor berterbangan di kawasan ini.

Namun begitu, menjelang abad ke-20 fungsi “Pelabuhan Pohon Kangar” ini kian berkurangan bilamana corak pengangkutan dan lalu-lintas kian berubah.

 

Pelabuhan Pohon

Pengangkutan air telah berubah kepada pengangkutan darat yang mana banyak jalan raya mula dibina.

Pengangkutan utama yang dahulunya merupakan perahu dan tongkang telah bertukar kepada kereta dan lori.

Seterusnya pula, “Pelabuhan Pohon Kangar” ini berubah kepada pusat perniagaan dan pentadbiran di negeri Perlis.

Kini, nama pangkalan telah luput daripada sebutan penduduk dan yang tinggal hanyalah nama Kangar atau Pekan Kangar sahaja.

Peta Bandar Kangar

Pembangunan

Perubah wajah dari setahun ke setahun dengan pembangunan yang pesat dan terbinanya bangunan-bangunan baru menggantikan bangunan-bangunan lama.

Di samping pembangunan yang pesat ini, bangunan-bangunan lama dan bersejarah turut dipelihara sebagai mercu tanda Bandar ini.

 

Bangunan Jam Besar

Bangunan lama yang menjadi mercu tanda Bandar ini ialah Bangunan Jam Besar yang kini menjadi Bangunan Pejabat Menteri Besar.

Selain itu, bangunan-bangunan lain seperti Balai Polis Trafik, Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Masjid Alwi, Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar deretan kedai di sepanjang Persiaran Jubli Emas dan Hokkien.

Bangunan-bangunan ini berdiri dengan megahnya di tengah-tengah yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan baru yang dibina seperti Kayangan Square, Medan dan Medan Kangar Ria.

 

Medan Kangar

Sebelum Medan dibina, tapak tersebut merupakan tapak Sekolah Menengah (Cina) Kangar, berek polis, dan stesen bas.

Pejabat Majlis Perbandaran juga terletak di tengah-tengah Bandar ini.

Nama-nama jalan juga diberi sempena peristiwa bersejarah seperti Jalan Penjara, Jalan Barrack, Jalan Home-Guard, dan Jalan Kelab Indera Kayangan.

Walaupun penjara yang terdapat telah pun dipindahkan, tetapi nama tersebut masih dikekalkan.