Antara Tempat Makan Menarik Di Perlis
Published on May 18, 2019 | by syedshay.com
Setiap kali ada pelanggan saya menyewa homestay yang bertempat di Taman Saujana Idaman Kubang Gajah Arau Perlis, mesti mereka akan bertanya di manakah tempat makan yang best di Perlis. Oleh itu saya cuba buat carian di Google dan masukan ke sini untuk mudah bagi pelanggan Homestay aku untuk mencari tempat makan di kawasan sekitar.
Antara Tempat pertama yang saya akan akan suggest untuk customer homestay saya ialah
- Restoran Anjung Keli
Alamat: Medan Sri Pulai, Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis
Restoran ini mendapat perhatian program tv3 iaitu Jalan Jalan Cari Makan. Antara restoran pilihan ramai waktu makan tengahari. Ramai orang tempatan dan orang luar yang datang kesini. Lauk yang banyak dan pelbagai ulam ulam pilhan.
2. Restoran Pokok Sawa
Alamat: Kampung Kersik, Mata Ayer, 02500 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (1130am – 4pm), ditutup pada hari Jumaat
Restoran Pokok Sawa ni juga antara pilihan penduduk tempatan dan warga luar setiap hari di waktu tengahari. boleh dikatakan setiap hari restoran ini penuh dengan pelanggan.
3. Daging Bakar Honey Nostalgia
Alamat: Kampung Telok, 02000 Kuala Perlis
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (930am – 7pm), ditutup pada hari Isnin
Ia berbeza sedikit dengan restoran lain di mana anda perlu ke kaunter untuk membuat tempahan. Anda akan menerima nombor. Kemudian, tunggu sehingga nombor anda dipanggil. Ramai berpendapat ini antara lokasi terbaik bagi mendapatkan daging bakar. Malah ia pernah muncul dalam sebuah rancangan makan-makan di Astro. Dagingnya yang lembut dan cukup rasa, paling enak dimakan bersama-sama dengan nasi dan sambal.
Harganya pula berpatutan walaupun anda boleh mengisi semula atau menambah nasi dan air berulang-kali. Ini merupakan destinasi yang anda perlu pergi jika berada di Perlis.
4. Ladang Nipah Kipli
Alamat: 02700 Sanglang, Perlis
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (1pm – 730pm), ditutup pada hari Isnin
Makan dan minum di restoran yang dikelilingi pohon Nipah memang suatu pengalaman yang jarang-jarang dirasai. Aman dan tenang, berangin dalam pemandangan ladang yang indah. Air nira nipah, terutamanya, paling disyorkan oleh para pelanggan. sesuai berkunjung di waktu tengahari atau petang.
Selain itu, mereka juga menyediakan masakan tempatan yang lain seperti bihun sup, mi rebus, pulut udang dan laksa. Ramai yang sanggup datang ke sini walaupun lokasinya agak jauh dari jalan utama kerana keunikannya. Harganya juga lebih murah berbanding tempat lain.
5. Al-Sagoff Corner (Air Halia Asli)
Alamat: Persiaran Jubli Emas, Kampung Jejawi, 01000 Kangar
Waktu Operasi: Setiap hari (530am – 1pm)
Wajib minum air halianya! Dikatakan bahawa ia yang asli dan terkenal sejak tahun 1976. Tapi anda datang ke sini bukan untuk minum sahaja.
Anda mesti cuba Nasi Kandar dan paling bagus jika anda boleh bersarapan di sini. Kalau Nasi Kandar bukan pilihan anda, masih ada banyak lagi pilihan masakan Melayu yang anda pasti suka seperti mee rebus. mee kari, laksa dan banyak kuih-muih.
Mereka juga ada Roti Arab. Menu yang pelbagai inilah yang menarik ramai pelanggan ke sini. Jika ini membuka selera anda, jemput datang ke Al-Sagoff Corner yang terletak berdekatan dengan Masjid Muhammad, Jejawi.
6. Capati Arau
Alamat: No.28, Jalan 4, Kompleks Tok Arau, 02600 Arau, Perlis
Waktu Operasi: Selasa – Sabtu (7am – 12pm, 430pm – 12am), Isnin (430pm – 12am)
Kalau anda mahu capati, jemput ke Capati Arau. Ia paling terkenal di sini. Harganya juga tidak mahal menjadi tarikan ramai yang suka bersarapan di Capati Arau. Apa lagi bila capatinya yang lembut digandingkan bersama kari. Memang sedap! Roti-rotinya yang lain juga sama hebatnya
Capati arau adalah tempat wajib setiap kali aku balik ke kampung. antara makanan pilihan aku ni. Akmaklum lah ada darah pakistan. yang pasti capati Emak aku buat lagi sedap. hehe.
7. Komalaut
Address: 263, Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Hours: C 6PM ⋅ Closed 1 AM
Medan Makan Koma Laut ni paling ramai pengunjung pabila waktu malam. bagi penggemar ikan bakar korang wajib kesini. makanan sedap baq hang, harga juga berpatutan. banyak kedai makan di dalam medan makan ni. korang boleh pilih memana kedai.
KESIMPULAN
Tempat makan sedap di Perlis yang mana menjadi pilihan anda. Jangan lupa komen, share dan like blog saya. Setakat ini saja pengkongsian saya untuk uolss yang datang menetap ke Syed Homestay. Banyak lagi kedai lain yang bukan pilihan saya. insyallah kedai kedai ini sudah memadai kepuasan uolss semua.